15 Julai 2014

suamiku cikgu biologiku 1


  
       Damainya suasana di sini. Udara yang begitu nyaman sehingga menggeletar seluruh tubuhku. Cameron highland. Tempat kesukaan ku. Suasana tenang begini membuatkan kenangan lalu tersingkap kembali di ingatan.

*********************************************

        "Mama tak kira!! Kisya kena juga kahwin dengan dia sebelum mama dengan papa berangkat ke Jepun bulan depan" tegas mamaku.
         "Ala mama.. Kisya masih muda la ma.. i am only seventeen. I'm too young la mama untuk jadi isteri orang. Lagipun Sya tak kenal siapa mamat tu. Macam mana kalau dia penjahat? Mama tak kesian ke dengan anak perempuan mama ni?" Aku membuat muka kasihan meminta simpati mama. Papa di sebelah hanya berdiam.
            Aku kenal sangat dengan papa aku tu. Semua keputusan mama, papa akur je. Tak pernah membantah. Arghhhh!! Aku masih muda!
            "Mama dengan papa dah berbincang dengan Dato' Amin tentang pernikahan Kisya dengan Darwish. Darwish ni baik budaknya. Dia anak kawan baik mama." Sekali lagi aku membuat muka benci. Benci? Ya sememangnya benci.

 Pagi itu Kisya ke sekolah seperti biasa. Kelas 5 Sains Tulen diam menantikan kehadiran guru biologi mereka.
           "Hoi makcik..! Kau asal? Muka dah macam asam kedut? Ada masalah share la dengan kami" kata Maira  padaku sambil menyiku tangan kawan kawan baikku yang lain. 
          Tapi persoalan itu dibiarkan sepi. Sepi tanpa jawapan. Otakku memang tengah serabut tahap sarang tikus. Eh! Ada kena mengena ke? Haha 
          Sedang asyik bermonolog, Arip ketua kelas mereka menyuruh berdiri memberi salam kepada guru mereka. Aku sedikitpun tidak mengangkat muka melihat guru itu. 
           " handsome gila.. Wahhhh cair beb hati aku. Letak dekat freeze pun belum tentu beku balik" terdengar Jannah berkata kepada Maira. Aku sedikit sebanyak terpanggil untuk melihat gerangan yang mereka katakan 'handsome' tu.
            'Eleh.. macam ni pun handsome ke?' Soalku dalam hati. Lelaki tersebut memakai kemeja hijau 
Dan seluar slack hitam. Rambutnya ala- ala pelakon Awal Ashaari pujaan aku. Berkulit putih dan paling menggiurkan lesung pipitnya yang sedikit terserlah apabila menghadiahkan senyuman kepada murid kelasku. 'Sebenarnya handsome.. tapi malas nak ngaku' ngeeeee
           "Ok kelas. Awak semua boleh duduk. Saya Mohd Zaquan Darwish. Awak boleh panggil saya Cikgu Zaquan. Saya guru praktikal yang akan mengajar subjek biologi sementara menggantikan cikgu Syamsiah yang sedang bersalin" jelasnya panjang lebar memperkenalkan diri. 
        Aku dapat lihat hampir semua pelajar 9perempuan terpaku melihat wajah comel cikgu Zaquan. Aku? Tengok-tengok ayam je. Tak berani nak pandang mata lama-lama. Tak pasal2 jatuh cinta nanti. Heeeeee
         "Hari ini saya tidak akan mengajar lagi. Apa kata kalau kita adakan sesi suai kenal dahulu ok? Bermula dari sebelah kanan saya. Sila kenalkan diri awak nama,besar nak nanti kamu nak jadi apa dan tempat tinggal." Arah Cikgu Zaquan. 
           Sedang aku sibuk berangan. Tiba-tiba Maira menyiku lenganku. Aku terpinga-pinga sebentar. Rupanya sekarang giliran aku kenalkan diri. Dengan malas aku berdiri. Satu kelas tertawakan aku.
            "Saya Kisya Afira. Boleh panggil saya Kisya. Saya besar nanti tetap nak jadi manusia. Saya stay dekat Taman Abadi." Kataku seraya membuat muka blurr. Sekali lagi gamat kelas dengar tawa rakan2ku. Kulihat cikgu muda itu tersenyum juga.

***********************************************
1 bulan berlalu.... 

             "Ya Allah Kisha! Cepatlah minah oii.. mama kau bising dah tu. Pengantin lelaki on the way dah." Kelam kabut betul minah Jannah ni. Siapa nak kahwin ni? Ahaaa
             "Tolongla aku weh. Aku taknak kahwin!!" Bentakku. Melopong mulut Jannah dan Maira.
            " haaaa? Gila kau Sya. Kau jangan berani buat  hal. Malu family kau nanti." Marah Maira.
              " Sabarlah Kisya. Mungkin dah memang sampai jodoh adik. Kita ni sebagai manusia kena la terima ketentuan ilahi." Khalish berhenti sejenak. Berdeham beberapa kali sebelum menyambung ayatnya. "Abang minta tolong dengan Kisya.. Kahwinlah dengan Darwish ya? Demi mama. Papa.. dan abang" Khalish memgang tanganku memberi semangat. Aku akur.
              Khalish abang sepupuku yang sudah kuanggap seperti abang kandung. Susah untuk aku buat keputusan ini. 


        Dengan sekali lafaz, aku sah jadi isterinya. Air mata aku mengalir ke pipi. Tiba-tiba ada yang menyeka air mata di pipiku. Aku tersentak. Tetapi aku tidak perlu untuk ku mengangkat wajahku. Sudah pasti itu suamiku. Ya Allah. Kuatkan hatiku. Bukalah hatiku untuk terima kenyataan ini. 
         "Awak.." lembut suaranya. Jemarinya menarik jemariku ke arahnya untuk disarungkan cincin. Kini cincin emas sudah elok tersarung di jari manisku. Tapi aku masih tidak ingin memandang rupa paras lelaki itu. 
         Perlahan lahan dia mendongakkan daguku memandang ke arahnya.  Aku akur. Perlahan-lahan aku memandang dia.
         'OH TIDAK!! Mimpi ke ni' aku bermonolog
        "Cikgu zaquan???" 
        "Akisya???" 
         Serentak kami berdua menjerit. Terkejut? Ya sememangnya. Apa dah jadi ni? Sesiapa sedarkan aku please..  tetamu dan ahli keluarga yang hadir turut terkejut dengan kami. Tiba-tiba mereka ketawa. Pelik!

*****************************************
          'Arhhh.. apa aku nak buat ni? Malam ni malam pertama kami. Aku. Cikgu biologi. Satu bilik?? Menyeramkan tu. Maunya dikecam budak perwmpuan sekolah aku nanti gara-gara merebut lelaki adaman malaya ni' tiba tiba aku tersenyum membayangkan tindakan mereka nanti.
          Tiba-tiba ada suara berdeham di belakangku. Siapa? Aduh.. kenal dah.. "awak dah kenapa Kisya? Senyum sorang-sorang. Tengah terbayang malam pertama kita ni ke?" Begitu geram aku mendengar ayat cikguku.
          "Tak da maknanya cikgu. No way! Tak ada istilah tu untuk saya. Sekarang terangkan macam mana dengan kita? Maksud saya, cikgu dan saya. Kahwin" aku menjarakkan diri darinya.
          "Saya pun mama saya yang carikan jodoh. Saya akur pilihan mama. Masa tu mama ada sebut nama awak dan nak bagi tengok gambar awak. Tapi saya tak nak. Mana saya tahu itu Kisya. Kaisara Syafiqah. Kan sedap nama tu. Last2 awak Kisya. Lagipun mungkin jodoh kot" nak terguling aku dengar penjelasan cikgu a.k.a crush a.k.a suami aku tu. 
            "KISYA tu kan nama gabungan saya la cikgu. Saya tak sedia nak ada suami. Cikgu tetap cikgu. Maaf. Sekarang dah lewat. Saya penat dan esok kan sekolah. Jadi, selamat malam CIKGU!" aku berlari keluar bilik meninggalkan cikguku tercengang cengang seorang diri. 

3 ulasan:

  1. Casino in Maryland | MDD
    Mohegan 구리 출장안마 Sun Casino & Hotel is your premier gaming destination in the 여수 출장마사지 heart of 안동 출장마사지 Northeast Ohio. We offer the best in gaming, dining, hotel accommodations,  여수 출장안마 Rating: 4.1 · 사천 출장샵 ‎2 reviews

    BalasPadam